JellyPages.com

Tuesday, 5 March 2013

BUAH-BUAHAN


Dalam zaman moden ini lebih ramai orang memandang kepada suplemen herba alternative untuk kesihatan yang baik, bagi melawan kesan tekanan cara hidup moden. Kita semua juga sedia tahu bahawa ada kaitan antara kesihatan dan diet. Salah satu sumber makanan yang mendapat perhatian saintis ialah buah-buahan. Ramai orang berpendapat bahawa dengan pemakanan buah-buahan dapat mengurangkan berat badan disamping menjaga diet? Tapi sejauh mana? Sejauh mana kita tahu buah apa yang baik untuk amalan pemakanan, buah apa yang sesuai untuk mengubati penyakit dan apa khasiat disebaliknya?


Mungkin ada yang tertanya-tanya mengapa “kaubuahatiku” menjadi nama bagi blog ini? Adakah ingin menarik pembaca menjadi buah hati penulis? Tidak sama sekali. Tujuannya adalah supaya menjadikan buah-buahan dekat dihati para pembaca. Penulis teringat bagaimana suatu ketika dahulu tidak arif dalam membezakan antara buah duku, duku langsat dan langsat. Apatah lagi untuk mengetahui khasiat disebalik buah tersebut. Penulis akan cuba untuk membawa anda untuk meminati buah dan menjadikan buah sebagai amalan pemakanan sampingan dalam menjaga kesihatan.

Fresh dari atas pokok ;)

Jadi dengan itu penulis akan cuba berkongsi sedikit sebanyak buah-buahan yang dianggap ‘biasa’ dilihat, dimakan atau hanya disentuh oleh sesetengah orang, tetapi tidak diketahui  1001 rahsia disebaliknya. Dalam masa yang sama, khasiat ubatan yang turut terkandung dalam buah tersebut turut dikesampingkan.

Sekian sahaja entry permulaan untuk kali ini, untuk anda para pembaca mungkin boleh memberi cadangan info apa yang perlu untuk ditambah dalam blog ini. Jangan segan silu untuk drop komen anda. Amat dialu-alukan :) Jumpa lagiii di entry akan datangg. Tunggguuu ^_^





No comments: