JellyPages.com

Friday, 8 March 2013

KEMERAH-MERAHAN


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Untuk hari ini sedikit perkongsian mengenai khasiat buah yang akan saya kongsikan. Sebelum pergi lebih jauh pernahkan anda mendengar salah satu lirik lagu yang sering dimainkan di corong radio dimana lirik tersebut terkandung buah didalamnya. hehe. Agak-agak lagu apakah dia? Ayuh kita teliti chorus lagu tersebut.

" Putih-putih melati, Merah-merah delima, Siapa yang baik hati, Pasti ku terima "
Haa? Dapat tangkap buah apa yang akan dicerita panjang lebarkan. Semestinya buah DELIMA! Tahukah bahawa buah delima juga dikenali sebagai 'superfruit' yang mengandungi antioksidan tinggi yang terdiri dari asid ellagik yang baik untuk melindungi kalenjar prostat, payu dara, organ paru-paru dan jantung atau sisitem kardiovaskular.

Terdapat kajian yang menunjukkan buah delima boleh mencegah penyakit nyanyuk atau penyakit Alzheimer. Dalam satu kajian tikus yang dibiak untuk mengalami penyakit Alzheimer setelah diberi delima dan didapati plaque amiloid dalam otak tikus itu kurang dan melaksanakan tugas minda lebih cergas berbanding tikus kawalan. Lihat kehebatan buah delima dalam merawat penyakit.




Kehebatan buah ini ditunjukkan lagi dengan penciptaan dari Allah itu yang disebut sebagai buahan daripada syurga. Ini terbukti apabila Allah telah menyebut buah delima (rumman) sebanyak 3 kali di dalam ayatNya.

 Di antara potongan ayat yang terdapat di dalam Al-Quran seperti berikut :
 

"Di dalam kedua- duanya (syurga) juga terdapat buah- buahan serta pohon kurma dan delima," [Surah al Rahman ayat 68].



Buah delima juga dapat menghasilkan banyak produk-produk baru salah satunya jus delima. 

Enak diminum begitu sahaja!
Buah Delima mengandungi pelbagai khasiat dan kini anda mampu nikmati khasiat buah delima yang luar biasa dengan hanya pengambilan melalui jus-jus. Terdapat juga fakta menarik dimana jus delima dijual ditepi-tepi jalan dengan begitu saja.

Gambar pakcik penjual jus delima di Islamabad, Pakistan.
 
Sejak 8000 tahun yang lalu, buah DELIMA diyakini dapat mengubati sejumlah penyakit. Meskipun tanah asalnya adalah Iran, tetapi hampir seluruh dunia melalui Sepanyol hingga California sudah mengenal buah DELIMA meskipun bangsa Eropah menganggapnya sebagai buah yang baru ditemukan.

No comments: