JellyPages.com

Thursday, 14 March 2013

RED DRAGON

Manfaat Buah Naga memang masih belum banyak diketahui orang padahal buah yang berasal dari daratan Amerika Tengah ini sudah sangat popular. Buah yang memiliki nama latin hylocereus polyrhizus saat ini banyak di budayakan oleh petani lokal kerana cara penanamannya yang mudah dan tidak memerlukan modal yang terlalu banyak. Pertama kali muncul buah ini memiliki harga yang cukup mahal bahkan sejajar dengan epal import dari Selandia Baru tapi kini harganya sudah jauh lebih terjangkau. Kandungan zat atau nutrisi didalam Buah Naga ternyata memiliki khasiat yang sama seperti manfaat buah epal. 

 
Berikut adalah 10 Manfaat Buah Naga yang harus kita ketahui.

1. Melambatkan Penuaan Diri
Anti oksidan yang terkandung dalam Buah naga dapat melambatkan proses penuaan diri yang biasa dialami oleh seseorang. Kandungan yang terdapat dalam buah naga akan mengeluarkan racun dalam tubuh secara efektif, sama efektifnya dengan buah epal.

2. Mencegah kanser
Antioksidan selain berguna untuk menghambat penuaan diri juga terbukti untuk mencegah tumbuhnya sel kanser dalam tubuh manusia. Buah yang memiliki rasa hambar sedikit manis dengan biji kecil ini dapat dimakan oleh semua lapisan usia. Namun, ada juga seseorang yang tidak menyukai buah seperti ini.

3. Meningkatkan Kekebalan Tubuh
Vitamin C yang terkandung di dalam buah naga cukup tinggi itulah sebabnya mengapa buah ini sangat baik dimakan oleh anak dalam masa pertumbuhan. Bila anda sering terkena flu khususnya disaat perubahan musim yang tidak menentu seperti sekarang ini sebaiknya makanlah buah naga secara teratur setiap hari.

4. Meningkatkan Nafsu Makan
Jika saat ini anda sedang mengalami masa dimana nafsu makan turun sebaiknya makanlah buah naga. Selain kandungan Vitamin C yang tinggi ternyata di dalam buah naga juga terkandung Vitamin  B2 dan B1 yang sudah sejak lama di ketahui umum sebagai penambah nafsu makan khususnya dalam masa penyembuhan dari penyakit.
 
 
5. Menurunkan Kadar Kolesterol
Selain Vitamin B2 dan B1 buah naga juga banyak menyimpan Vitamin B3 secara teratur dapat menurunkan kolesterol dalam darah secara efektif. Jika kolesterol darah menurun maka seseorang akan dijauhkan dari yang namanya gangguan peredaran darah dan jantung.

6. Memperkuat Tulang dan Gigi
Didalam satu buah naga terdapat kandungan fosfor dan kalsium yang melimpah. Itulah sebabnya jika seseorang mengambil buah naga secara teratur keadaan tulang dan giginya jauh lebih baik daripada seseorang yang tidak pernah makan buah naga. Bagi anda yang kini menginjak usia senja sebaiknya memakan buah naga kerana dapat mencegah terjadinya kerapuhan tulang atau osteoporosis.

7. Mencegah Diabetes Melitus
Saat ini penyakit degenatif merupakan ketakutan tersendiri bagi seseorang yang setiap harinya mengambil makan yang tak sehat. Apalagi orang tersebut menjalani kehidupan dengan pola hidup tidak sehat, kemungkinan besar dimasa tuanya akan mengalami penyakit degeneratif yang saat ini jumlahnya semakin meningkat mengalahkan penyakit infeksi. Jika anda sedar akan hal itu dan takut terjangkit Diabetes Melitus sebaiknya mulai sekarang ambillah buah naga karena didalamnya terdapat zat yang efektif untuk mengurangkan kadar gula dalam darah.


8. Merawat Kesehatan Mata
Tidak hanya Vitamin A yang diperlukan untuk menjaga mata agar tetap sehat. Karotin, juga bermanfaat atas kesihatan mata yang kita miliki. Didalam Manfaat Buah Naga terdapat kandungan karotin yang sangat baik untuk mata bila di amalkan

9. Merawat Jantung Agar tetap sihat
Kandungan Vitamin C, B1, B2, dan B3 didalam buah Dragon Fruit ini sangat baik untuk kesihatan jantung anda.

10. Merawat Kesihatan Kulit
Jika saat ini anda sedang mengalami masalah pada kulit khususnya jerawat tak perlu risau. Sebab, didalam buah naga terdapat kandungan Vitamin C yang dapat kita amalkan sebagai salah satu cara menghilangkan jerawat secara sihat. Caranya pun cukup mudah, ambil satu buah naga lalu kupas kulitnya, masukkan kedalam blender, kisarkan. Masukkan buah naga yang dikisar kedalam gelas, ambil airnya dengan sendok usapkan pada wajah. Sisanya boleh diminum sebagai jus segar. Lakukan secara teratur sampai masalah jerawat anda hilang. Selain itu juga dapat digunakan sebagai salah satu cara menghilangkan bekas jerawat yang mengganggu pada kulit wajah anda.
 
 
 Maklumat khasiat bagi setiap 100g naga merah:
  1. Energy 67.70 Kcal
  2. Water 85.30%
  3. Protein 1.10 gm
  4. Fat 0.57 gm
  5. Carbohydrates 11.20 gm
  6. Fibre 11.34 gm
  7. Calcium 10.20 mg
  8. Phosphorous 27.50 mg
  9. Magnesium 38.90 mg
  10. Potassium 3.37 mg
  11. Iron 0.70 mg
  12. Sodium 8.90 mg
  13. Zinc 0.35 mg
  14. Sorbitol 32.70 mg
  15. Fructose 3.20 mg
  16. Vitamin C 3 mg
  17. Niacin 2.8 mg
Jus Dragon Fruit.

 Sumber :
  1. FAMA, Malaysia.
  2. http://www.azlina.net/blog/index.php/2006/09/23/buah-naga-banyak-khasiat/
  3. http://lilyflowers-8.blogspot.com/2009/02/manfaat-buah-naga.html
 
 

JAMBU BATU


Suka tak makan buah jambu batu? Sedap dimakan begitu sahaja. Buahnya berasa masam-manisssss :)

Jambu batu dikatakan mengandungi banyak khasiat. Namun khasiatnya tidak akan diperolehi jika tidak mendapatkannya dalam kuantiti yang mencukupi, makan sekali tak akan terus dapat khasiat, lebih baik diamalkan.



Jom kita tengok apa khasiat buah jambu batu untuk kesihatan.
Jambu batu mengandungi vitamin A, vitamin B1, vitamin B2, vitamin C, zat besi, fosforus,kalsium, kalium, natrium, protein, serat, asid nikotinik, asid pantotenik dan pottasium.

1. Menghilangkan rasa mual semasa mengandung.
2. Menurunkan paras kolesterol dalam darah.

3. Menurunkan paras gula dalam darah.

4. Mengurangkan berat badan.




5. Mengawal tekanan darah.

6. Membantu pertumbuhan kulit yang licin dan sihat.

7. Mampu menaikkan sel darah putih dan merah.

8. Meningkatkan kadar sistem metabolisme

9. Membantu penghadaman dan mengelak sembelit, mengubat cirit-birit.




10. Ejen antioksida (melambatkan proses penuaan - awet muda, melawan kanser, immuniti)


11. Berkesan dalam menurunkan kadar kolesterol dan tahap glukosa dalam darah.

12. Bahan antioksidan yang berkesan 

13. Dapat memperbaiki keadaan kulit dan mencegah masalah kulit 

14. Baik untuk sembelit
 
 
Jus Jambu Batu yang mentah dapat melegakan penyakit batuk dan selesema. Jadi bersamalah kita minum jus jambu disamping memakannya dengan asam garam kehidupan  :)
 
Jus Jambu Fresh!
Jambu bersama asam boi!
 


Tuesday, 12 March 2013

TEMBIKAI

Tembikai (nama botani: Citrullus Lanatus) atau dikenali dengan Timun Cina di Pantai Timur, Semangka merupakan pokok menjalar (memanjat dan melata) yang berasal dari selatan afrika famili Cucurbitaceae.
Penjelajah Afrika, David Livingstone, melaporkan bahawa terdapat banyak tembikai di padang pasir Kalahari, di mana ia tumbuh meliar dan dinamakan Tsamma.


Tumbuhan berbunga ini mengeluarkan buah aksesori yang dipanggil 'beri palsu'. Buah tembikai ini mempunyai kulit yang licin dan isi (selalunya merah) yang berair dan manis. Nama Citrillus vulgaris juga kadangkala digunakan untuk merujuk kepada buah ini (vulgaris bermakna biasa).


Khasiat Tembikai

- Dapat membantu mengurangkan risiko untuk mendapatkan kenser prostat dan penyakit kardiovaskular.

- Biji tembikai ialah sumber protin yang baik

- Dapat meningkatkan sistem imunisasi supaya tidak mudah diserang penyakit.

- Kaya dengan vitamin B yang diperlukan untuk menghasilkan tenaga

- Dapat mengawal tekanan darah.
 
Selain itu tembikau juga boleh dijadikan jus. Jus tembikai boleh menengangkan kulit muka.
Caranya ialah dengan hanya menyediakan buah tembikai yang kemudiannya dikisar menjadi jus. 

Setelah itu, toskan dan sapukan pada wajah. Biarkan buat seketika iaitu antara 10 sehingga 15 minit sehingga ia kering dengan sendirinya. 

Petua ini digalakkan diamalkan sebanyak tiga kali dalam seminggu. Lalu lihatlah hasilnya di kulit wajah anda. hehe


AVOKADO

Pernahkah anda mendengar buah Avokado? Avokado ialah sejenis tumbuhan buah-buahan dari keluarga Lauraceae yang dimakan sebagai buah segar atau untuk diproses bagi pelbagai kegunaan. Avokado dipercayai berasal dari Puebla, Mexico. Sejarah menanam dan makan buah avokado telah bermula semenjak beribu-ribu tahun dulu lagi oleh kaum Aztek di lembah Andes yang mempunyai tamadunnya tersendiri. Sebenarnya banyak khasiat jus buah Avokado ini. Jom ketahui apakah khasiatnya di bawah ini.


  •  Sebiji buah avokado bersaiz sederhana mengandungi kira-kira 300 kalori & 88 % lemak.
  •   Ia juga mengandungi 23 mg kalsium, 95 mg fosforus, 1.4 mg zat besi, 9 mg sodium, 1368 mg potasium, 8.6 mg niasin dan 82 mg vitamin C.
  • Berperanan sebagai sumber bahan pelincir bagi bahagian tubuh seperti leher, siku, paha, kaki & pergelangan tangan dan kaki.
  • Mampu mencegah risiko serangan jantung.
  •   Juga kaya dengan protein dan asid amino yang menggalakkan pertumbuhan tisu baru dalam tubuh.
  •  Diketahui sebagai antara sumber serat terbaik.
  • Pengambilan buah ini juga dipercayai baik untuk menghindari selesema, demam, batuk & sakit tekak.
Sayalah AVOK ADO! hehe

 
Selain itu, avokado juga boleh dibuat jus. 

Resepi Jus Avokado :
  1. 1 biji avokado dikupas kulitnye
  2. 1 cawan susu segar
  3. 1 cawan ais
  4. 2 camca besar gula
  5. 1 camca besar serbuk cokelat minuman (kite guna serbuk cokelat cadbury)
Cara-caranya :
  1. Potong avokado secara kecil-kecil. Masukkan avokado, susu, ais dan gula bahan dalam blender dan blend sampai sebati.
  2. Unttk lapisan coklat, bancuh serbuk coklat dengan sedikit air suam. Selang selikan dengan avokado yang sudah diblend.  Atau boleh sahaja kalau nak letak dan campurkan semua. Kalau suke coklat boleh letak semua, kalau tak letak cikit pun tak mengapa.
  3. Dah siap. Jemput minum
Tanaman avokado tidak popular di semua negara Asia Tenggara seperti Malaysia dan Thailand tetapi popular di Filipina dan Indonesia. Oleh kerana itulah, tidak ramai di antara kita yang mengetahui tentang buah avokado ini. Ada sesiapa pernah cuba resepi jus ini? Cubalah..

BETIK

Nama Biasa : Betik 
Nama Saintifik : Carica papaya Linn
Keluarga : Caricaceae


Asal :
Betik dipercayai berasal dari Amerika tropika. Orang-orang Sepanyol telah membawa spesies betik ke Filipina dan kemudian dibawa pula ke Malaysia.

KandunganKandungan Zat / 100 gm
Tenaga59.0 kal
Lembapan84.4 %
Protin1.0 gm
Lemak0.1 gm
Kabohidrat13.5gm
Serat0.5 gm
Abu0.5 gm
Kalsium31.0 mg
Magnesium0.8 mg
Posporus17.0 Mg
Besi1.0 mg
Sodium2.0 mg
Potasium337.0 mg
Vit B10.08 mg
Vit B20.12 mg
Niacin0.1 mg
Asid Ascobic (Vit C)69.3 mg
Karotin2431 ug
R. E405 ug


Betik atau nama saintifiknya, Carica papaya L, juga dikenali dengan nama ‘papaya’ oleh anak-anak . Betik tergolong dalam keluarga Caricaceae, betik adalah tumbuhan semula jadi tropika Amerika. Betik adalah sejenis tumbuhan saka yang mempunyai batang kayu yang lembut, tegak dan biasanya tidak mempunyai cabang. Adakah kita salah seorang penggemar buah betik? Betik merupakan buah yang kaya dengan vitamin A, vitamin C dan juga kalium. Selain rasanya manis, ia dapat membantu mengurangkan penyakit berisiko. 



Buah betik berbentuk bujur yang agak panjang hingga ke bentuk yang hampir bulat. Kulit buah betik yang masak berwarna kuning cerah hinggalah kuning pekat. Isinya pula berwarna kuning, oren hingga ke warna merah cerah atau merah. Isi betik rasanya manis, dan aromanya seharum buah betik. Masyarakt Mexico menggunakan daun betik bukan sahaja untuk melembutkan daging, tetapi juga dijadikan ubat untuk asma dan masalah jantung. Bagaimanapun jika penggunaan daun terlalu banyak ia boleh jadi berbahaya kerana dikatakan, ia boleh menghasilkan toksik.
 
Pucuk betik atau daun muda selalunya direbus dan dijadikan ulam. Ianya mempunyai banyak khasiat antaranya merendahkan tahap kolesterol dalam darah, mengurangkan tekanan darah tinggi, mengurangkan sakit migrain di samping boleh melangsingkan badan. Pucuk betik mempunyai rasa yang agak pahit. Untuk mengubat penyakit di atas adalah dengan memakan pucuknya yang direbus ataupun meminum satu atau dua gelas air rebusannya.

Bunga betik selalunya terdapat pada pokok betik jantan dan pokok betik betina, boleh juga direbus dan dibuat kerabu. Bunga betik jantan lebih kecil daripada bunga betik betina. Walau bagaimanapun, cuma pokok betik betina sahaja yang berbuah. Jadi, jika anda menanam pokok betik dan hairan mengapa ia tidak berbuah walaupun banyak mengeluarkan bunga, jangan marahkan pokok betik tersebut. Ia sebenarnya pokok betik jantan.
Biji betik pula boleh digunakan untuk menyingkirkan cacing gelang dan cacing kerawit pada kanak-kanak. Caranya ialah dengan mengambil segengam biji betik dan tumbuk hingga hancur kemudian direbus dan diminum oleh kanak-kanak tersebut, tetapi awas, ia dipercayai tidak berapa sesuai untuk wanita yang sedang mengandung.

Untuk mendapatkan kenikmatan makan buah betik, makanlah betik yang telah disejukkan sedikit dengan ais. Betik sememangnya berkhasiat dan sangat manis dimakan. Apa lagi jom dapatkan buah betik sekarang.
 Sources from :
http://melayukini.net
http://jpn.penang.gov.my 

Friday, 8 March 2013

KEMERAH-MERAHAN


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Untuk hari ini sedikit perkongsian mengenai khasiat buah yang akan saya kongsikan. Sebelum pergi lebih jauh pernahkan anda mendengar salah satu lirik lagu yang sering dimainkan di corong radio dimana lirik tersebut terkandung buah didalamnya. hehe. Agak-agak lagu apakah dia? Ayuh kita teliti chorus lagu tersebut.

" Putih-putih melati, Merah-merah delima, Siapa yang baik hati, Pasti ku terima "
Haa? Dapat tangkap buah apa yang akan dicerita panjang lebarkan. Semestinya buah DELIMA! Tahukah bahawa buah delima juga dikenali sebagai 'superfruit' yang mengandungi antioksidan tinggi yang terdiri dari asid ellagik yang baik untuk melindungi kalenjar prostat, payu dara, organ paru-paru dan jantung atau sisitem kardiovaskular.

Terdapat kajian yang menunjukkan buah delima boleh mencegah penyakit nyanyuk atau penyakit Alzheimer. Dalam satu kajian tikus yang dibiak untuk mengalami penyakit Alzheimer setelah diberi delima dan didapati plaque amiloid dalam otak tikus itu kurang dan melaksanakan tugas minda lebih cergas berbanding tikus kawalan. Lihat kehebatan buah delima dalam merawat penyakit.




Kehebatan buah ini ditunjukkan lagi dengan penciptaan dari Allah itu yang disebut sebagai buahan daripada syurga. Ini terbukti apabila Allah telah menyebut buah delima (rumman) sebanyak 3 kali di dalam ayatNya.

 Di antara potongan ayat yang terdapat di dalam Al-Quran seperti berikut :
 

"Di dalam kedua- duanya (syurga) juga terdapat buah- buahan serta pohon kurma dan delima," [Surah al Rahman ayat 68].



Buah delima juga dapat menghasilkan banyak produk-produk baru salah satunya jus delima. 

Enak diminum begitu sahaja!
Buah Delima mengandungi pelbagai khasiat dan kini anda mampu nikmati khasiat buah delima yang luar biasa dengan hanya pengambilan melalui jus-jus. Terdapat juga fakta menarik dimana jus delima dijual ditepi-tepi jalan dengan begitu saja.

Gambar pakcik penjual jus delima di Islamabad, Pakistan.
 
Sejak 8000 tahun yang lalu, buah DELIMA diyakini dapat mengubati sejumlah penyakit. Meskipun tanah asalnya adalah Iran, tetapi hampir seluruh dunia melalui Sepanyol hingga California sudah mengenal buah DELIMA meskipun bangsa Eropah menganggapnya sebagai buah yang baru ditemukan.

Thursday, 7 March 2013

BA NA NA NA

Apakah Khasiat Buah Pisang? | Sejak turun temurun lagi, pisang telah digunakan oleh nenek moyang kita dalam kehidupan seharian mereka. Kegunaan pisang adalah pelbagai, ia meliputi akarnya, batangnya, daunnya, buahnya mahupun jantung pisang. Pada hari ini, kegunaan pisang adalah lebih meluas lagi . Ia bukan setakat sumber makanan, malah diusahakan dengan menggunakan teknologi moden sehingga mampu mendatangkan pulangan yang lumayan.

Sayalah Pisang.. Sapa tak kenal memang ah dia! ;)

Khasiat Pisang:

1.Menurunkan tekanan darah tinggi dan strok
Ia membantu menurunkan tekanan darah tinggi kerana kandungan potasiumnya yang tinggi.

2. Menurunkan kolestrol
Ia rendah dari segi kalori lemak dan sodium yang membantu menurunkan kolestrol.

3. Cirit-birit
Potasium dan magnesium yang terkandung di dalam pisang amat sesuai merawat cirit-birit.

4. Anaemia
Anaemia ialah penyakit kurang darah. Oleh kerana pisang kaya dengan zat besi, ia boleh merangsang penghasilan haemoglobin di dalam darah.

5. Kemurungan
Orang yang sedang murung lebih cepat ceria apabila makan pisang. Ini kerana kandungan sejenis protein membantu kita menjadi tenang.

6. Pening-pening
cara paling cepat merawat rasa pening-pening ialah dengan meminum minuman susu pisang kocak (banana milkshake) yang dicampur madu.

Pisang juga mempunyai banyak kegunaan daripada daunnya sehingga ke batang pisang. Antara produk yang boleh dihasilkan ialah kerepek pisang.

Selain itu, pisang juga boleh dijadikan bahan untuk masakan.

Pengat Pisang

Lepat Pisang
Jemput Pisang aka Cekodok Pisang
Di sini disertakan nota yang perlu diambil perhatian :
  • Pisang yang paling sesuai dimakan untuk menjaga kesihatan ialah pisang yang masih ada warna hijau di hujungnya.
  • Jika anda digigit nyamuk, gosokkan bahagian dalam kulit pisang pada tempat yang digigit.
  • Pisang boleh diberi pada bayi seawal usia 3 bulan sebagai makanan pejal kerana mudah dihadam.

Tuesday, 5 March 2013

BUAH-BUAHAN


Dalam zaman moden ini lebih ramai orang memandang kepada suplemen herba alternative untuk kesihatan yang baik, bagi melawan kesan tekanan cara hidup moden. Kita semua juga sedia tahu bahawa ada kaitan antara kesihatan dan diet. Salah satu sumber makanan yang mendapat perhatian saintis ialah buah-buahan. Ramai orang berpendapat bahawa dengan pemakanan buah-buahan dapat mengurangkan berat badan disamping menjaga diet? Tapi sejauh mana? Sejauh mana kita tahu buah apa yang baik untuk amalan pemakanan, buah apa yang sesuai untuk mengubati penyakit dan apa khasiat disebaliknya?


Mungkin ada yang tertanya-tanya mengapa “kaubuahatiku” menjadi nama bagi blog ini? Adakah ingin menarik pembaca menjadi buah hati penulis? Tidak sama sekali. Tujuannya adalah supaya menjadikan buah-buahan dekat dihati para pembaca. Penulis teringat bagaimana suatu ketika dahulu tidak arif dalam membezakan antara buah duku, duku langsat dan langsat. Apatah lagi untuk mengetahui khasiat disebalik buah tersebut. Penulis akan cuba untuk membawa anda untuk meminati buah dan menjadikan buah sebagai amalan pemakanan sampingan dalam menjaga kesihatan.

Fresh dari atas pokok ;)

Jadi dengan itu penulis akan cuba berkongsi sedikit sebanyak buah-buahan yang dianggap ‘biasa’ dilihat, dimakan atau hanya disentuh oleh sesetengah orang, tetapi tidak diketahui  1001 rahsia disebaliknya. Dalam masa yang sama, khasiat ubatan yang turut terkandung dalam buah tersebut turut dikesampingkan.

Sekian sahaja entry permulaan untuk kali ini, untuk anda para pembaca mungkin boleh memberi cadangan info apa yang perlu untuk ditambah dalam blog ini. Jangan segan silu untuk drop komen anda. Amat dialu-alukan :) Jumpa lagiii di entry akan datangg. Tunggguuu ^_^