JellyPages.com

Tuesday 12 March 2013

AVOKADO

Pernahkah anda mendengar buah Avokado? Avokado ialah sejenis tumbuhan buah-buahan dari keluarga Lauraceae yang dimakan sebagai buah segar atau untuk diproses bagi pelbagai kegunaan. Avokado dipercayai berasal dari Puebla, Mexico. Sejarah menanam dan makan buah avokado telah bermula semenjak beribu-ribu tahun dulu lagi oleh kaum Aztek di lembah Andes yang mempunyai tamadunnya tersendiri. Sebenarnya banyak khasiat jus buah Avokado ini. Jom ketahui apakah khasiatnya di bawah ini.


  •  Sebiji buah avokado bersaiz sederhana mengandungi kira-kira 300 kalori & 88 % lemak.
  •   Ia juga mengandungi 23 mg kalsium, 95 mg fosforus, 1.4 mg zat besi, 9 mg sodium, 1368 mg potasium, 8.6 mg niasin dan 82 mg vitamin C.
  • Berperanan sebagai sumber bahan pelincir bagi bahagian tubuh seperti leher, siku, paha, kaki & pergelangan tangan dan kaki.
  • Mampu mencegah risiko serangan jantung.
  •   Juga kaya dengan protein dan asid amino yang menggalakkan pertumbuhan tisu baru dalam tubuh.
  •  Diketahui sebagai antara sumber serat terbaik.
  • Pengambilan buah ini juga dipercayai baik untuk menghindari selesema, demam, batuk & sakit tekak.
Sayalah AVOK ADO! hehe

 
Selain itu, avokado juga boleh dibuat jus. 

Resepi Jus Avokado :
  1. 1 biji avokado dikupas kulitnye
  2. 1 cawan susu segar
  3. 1 cawan ais
  4. 2 camca besar gula
  5. 1 camca besar serbuk cokelat minuman (kite guna serbuk cokelat cadbury)
Cara-caranya :
  1. Potong avokado secara kecil-kecil. Masukkan avokado, susu, ais dan gula bahan dalam blender dan blend sampai sebati.
  2. Unttk lapisan coklat, bancuh serbuk coklat dengan sedikit air suam. Selang selikan dengan avokado yang sudah diblend.  Atau boleh sahaja kalau nak letak dan campurkan semua. Kalau suke coklat boleh letak semua, kalau tak letak cikit pun tak mengapa.
  3. Dah siap. Jemput minum
Tanaman avokado tidak popular di semua negara Asia Tenggara seperti Malaysia dan Thailand tetapi popular di Filipina dan Indonesia. Oleh kerana itulah, tidak ramai di antara kita yang mengetahui tentang buah avokado ini. Ada sesiapa pernah cuba resepi jus ini? Cubalah..

No comments: