JellyPages.com

Thursday 7 March 2013

BA NA NA NA

Apakah Khasiat Buah Pisang? | Sejak turun temurun lagi, pisang telah digunakan oleh nenek moyang kita dalam kehidupan seharian mereka. Kegunaan pisang adalah pelbagai, ia meliputi akarnya, batangnya, daunnya, buahnya mahupun jantung pisang. Pada hari ini, kegunaan pisang adalah lebih meluas lagi . Ia bukan setakat sumber makanan, malah diusahakan dengan menggunakan teknologi moden sehingga mampu mendatangkan pulangan yang lumayan.

Sayalah Pisang.. Sapa tak kenal memang ah dia! ;)

Khasiat Pisang:

1.Menurunkan tekanan darah tinggi dan strok
Ia membantu menurunkan tekanan darah tinggi kerana kandungan potasiumnya yang tinggi.

2. Menurunkan kolestrol
Ia rendah dari segi kalori lemak dan sodium yang membantu menurunkan kolestrol.

3. Cirit-birit
Potasium dan magnesium yang terkandung di dalam pisang amat sesuai merawat cirit-birit.

4. Anaemia
Anaemia ialah penyakit kurang darah. Oleh kerana pisang kaya dengan zat besi, ia boleh merangsang penghasilan haemoglobin di dalam darah.

5. Kemurungan
Orang yang sedang murung lebih cepat ceria apabila makan pisang. Ini kerana kandungan sejenis protein membantu kita menjadi tenang.

6. Pening-pening
cara paling cepat merawat rasa pening-pening ialah dengan meminum minuman susu pisang kocak (banana milkshake) yang dicampur madu.

Pisang juga mempunyai banyak kegunaan daripada daunnya sehingga ke batang pisang. Antara produk yang boleh dihasilkan ialah kerepek pisang.

Selain itu, pisang juga boleh dijadikan bahan untuk masakan.

Pengat Pisang

Lepat Pisang
Jemput Pisang aka Cekodok Pisang
Di sini disertakan nota yang perlu diambil perhatian :
  • Pisang yang paling sesuai dimakan untuk menjaga kesihatan ialah pisang yang masih ada warna hijau di hujungnya.
  • Jika anda digigit nyamuk, gosokkan bahagian dalam kulit pisang pada tempat yang digigit.
  • Pisang boleh diberi pada bayi seawal usia 3 bulan sebagai makanan pejal kerana mudah dihadam.

No comments: