JellyPages.com

Tuesday 12 March 2013

BETIK

Nama Biasa : Betik 
Nama Saintifik : Carica papaya Linn
Keluarga : Caricaceae


Asal :
Betik dipercayai berasal dari Amerika tropika. Orang-orang Sepanyol telah membawa spesies betik ke Filipina dan kemudian dibawa pula ke Malaysia.

KandunganKandungan Zat / 100 gm
Tenaga59.0 kal
Lembapan84.4 %
Protin1.0 gm
Lemak0.1 gm
Kabohidrat13.5gm
Serat0.5 gm
Abu0.5 gm
Kalsium31.0 mg
Magnesium0.8 mg
Posporus17.0 Mg
Besi1.0 mg
Sodium2.0 mg
Potasium337.0 mg
Vit B10.08 mg
Vit B20.12 mg
Niacin0.1 mg
Asid Ascobic (Vit C)69.3 mg
Karotin2431 ug
R. E405 ug


Betik atau nama saintifiknya, Carica papaya L, juga dikenali dengan nama ‘papaya’ oleh anak-anak . Betik tergolong dalam keluarga Caricaceae, betik adalah tumbuhan semula jadi tropika Amerika. Betik adalah sejenis tumbuhan saka yang mempunyai batang kayu yang lembut, tegak dan biasanya tidak mempunyai cabang. Adakah kita salah seorang penggemar buah betik? Betik merupakan buah yang kaya dengan vitamin A, vitamin C dan juga kalium. Selain rasanya manis, ia dapat membantu mengurangkan penyakit berisiko. 



Buah betik berbentuk bujur yang agak panjang hingga ke bentuk yang hampir bulat. Kulit buah betik yang masak berwarna kuning cerah hinggalah kuning pekat. Isinya pula berwarna kuning, oren hingga ke warna merah cerah atau merah. Isi betik rasanya manis, dan aromanya seharum buah betik. Masyarakt Mexico menggunakan daun betik bukan sahaja untuk melembutkan daging, tetapi juga dijadikan ubat untuk asma dan masalah jantung. Bagaimanapun jika penggunaan daun terlalu banyak ia boleh jadi berbahaya kerana dikatakan, ia boleh menghasilkan toksik.
 
Pucuk betik atau daun muda selalunya direbus dan dijadikan ulam. Ianya mempunyai banyak khasiat antaranya merendahkan tahap kolesterol dalam darah, mengurangkan tekanan darah tinggi, mengurangkan sakit migrain di samping boleh melangsingkan badan. Pucuk betik mempunyai rasa yang agak pahit. Untuk mengubat penyakit di atas adalah dengan memakan pucuknya yang direbus ataupun meminum satu atau dua gelas air rebusannya.

Bunga betik selalunya terdapat pada pokok betik jantan dan pokok betik betina, boleh juga direbus dan dibuat kerabu. Bunga betik jantan lebih kecil daripada bunga betik betina. Walau bagaimanapun, cuma pokok betik betina sahaja yang berbuah. Jadi, jika anda menanam pokok betik dan hairan mengapa ia tidak berbuah walaupun banyak mengeluarkan bunga, jangan marahkan pokok betik tersebut. Ia sebenarnya pokok betik jantan.
Biji betik pula boleh digunakan untuk menyingkirkan cacing gelang dan cacing kerawit pada kanak-kanak. Caranya ialah dengan mengambil segengam biji betik dan tumbuk hingga hancur kemudian direbus dan diminum oleh kanak-kanak tersebut, tetapi awas, ia dipercayai tidak berapa sesuai untuk wanita yang sedang mengandung.

Untuk mendapatkan kenikmatan makan buah betik, makanlah betik yang telah disejukkan sedikit dengan ais. Betik sememangnya berkhasiat dan sangat manis dimakan. Apa lagi jom dapatkan buah betik sekarang.
 Sources from :
http://melayukini.net
http://jpn.penang.gov.my 

No comments: